www.shazas.com

motherhood | self-growth | wellness

Quick contact info

Lorem ipsum dolor sit amet, the administration of justice, I may hear, finally, be expanded on, say, a certain pro cu neglegentur. Mazim.Unusual or something.

2130 Fulton Street, San Francisco
support@test.com
+(15) 94117-1080

3 Kelebihan Vitamin C Untuk Masalah Jerawat

3 Kelebihan Vitamin C Untuk Masalah Jerawat

Masalah jerawat ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira lelaki ataupun wanita. Bila berhadapan dengan masalah jerawat ini, ia bukanlah semudah memakai krim muka dan suplimen sahaja. Banyak sebenarnya faktor yang menyebabkan masalah jerawat.

3 Punca muka berjerawat

Siapa je yang suka jerawat? Sebab kemunculan jerawat ni boleh membuatkan seseorang itu hilang rasa yakin pada diri selain ianya juga menyakitkan.

Selain dari pemakanan yang tidak sihati, tidur yang tidak mencukupi serta masalah hormon ketika datang bulan, punca lain yang boleh menybabkan wujudnya jerawat, antaranya:

1.Stress

Tekanan sebenarnya boleh menjadi punca muka berjerwat. Badan yang mengalami tekanan akan berdepan dengan kemerosotan fungsi badan dan menjadikan masalah jerawat semakin kronik.

2. Kelenjar Sebum

Asbab dari perubahan hormon di mana kelenjar sebum menjadi lebih aktid dan mengeluarkan sebum dalam jumlah yang banyak. Kulit muka yang berminyak boleh menjadi punca kepada masalah jerawat.

3. Penggunaan alat solekan yang tidak dibasuh bersih

Yang ini memang Shaza setuju sangat! Alat solekan yang tidak dijaga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Pencucian muka yang bersih setiap kali penggunaan alat solekan juga boleh mengelak dari liang pori tersumbat

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C merupakan makanan tambahan yang mempunyai peranannya juga dalam membantu masalah kulit seperti masalah jerawat. Mari kita lihat manfaat nutrien yang memberikan manfaat penting untuk kulit kita

Jagung merupakan sumber Vitamin C yang terbaik

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik iaitu sejenis vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri melainkan dari diet seharian kita.

Vitamin C boleh didapati dari buahan-buahan seperti citrus dan sayur-sayuran lain.

Betul Ke Vitamin C Bagus Untuk Jerawat?

Seperti yang kita bincangkan tadi, punca jerawat lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai kulit yang berminyak kerana salah satu punca yang menyebabkan pori muka tersumbat selain daripada pengumpulan sel kulit mati.

Ada 2 cara untuk menggunakan vitamin C bagi jerawat iaitu dengan mengamalkan vitamin C dalam diet seharian dan juga dalam pencuci muka, serum dan lain-lain

3 Cara Vitamin C Membantu Masalah Jerawat

1. Mempercepat pembentukan sel

Selain mengurangkan kemerahan, vitamin C juga membantu mempercepat pergantian sel. Vitamin C berperanan dalam proses regenerasi sel, menggantikan sel yang rosak dengan sel-sel baru yang lebih sehat 

2. Menghilangkan bekas luka seperti bekas jerawat

Salah satu manfaat vitamin C untuk kulit adalah mempercepat penyembuhan luka. Vitamin C telah dibuktikan efektif dalam menghilangkan bekas luka 

3. Mengatasi kemerahan

Kulit yang sering terdedah kepada sinar radiasi UV akan menyebabkan kulit menjadi terbakar dan kemerahan. Pengambilan Vitamin C secara oral ataupun disapu dikulit dapat memulihkan masalah kulit iaitu inflamsi atau kemerahan.

4 Kelebihan Vitamin C Shaklee

1. DILEPASKAN SEPENUHNYA DALAM BADAN

Vitamin C Shaklee adalah pelopor pertama mengasilkan Vitamin C dengan sistem perlepasan Vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh manusia,

Melalui Sustained Release Vita-C Plus™ dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan tiada pembaziran dan Vitamin C diserap maksimum dalam badan.

2. SESUAI UNTUK PERUT SENSITIF

Pilih vitamin C yang diekstrak dari jagung yang lembut serta sensitif pada perut. Shaklee memilih jagung kerana, saintis membuktikan, kandungan Vitamin C dalam jagung tidak akan berkurang khasiatnya walaupun di masak, di bakar dan di rebus berbanding buah-buahan lain.

3. SATU TABLET BERSAMAAN KHASIAT 7 BIJI SETENGAH BUAH OREN

Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah.

Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. Cara bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen. Sustained Release Vita-C Plus™ hanya memberikan kos 50 sen sahaja setiap biji!

4. LENGKAP DENGAN BIOFLAVONOID

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya.

Sebagai contoh, bioflavonoid boleh didapati dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus untuk meningkatkan lagi penyerapan Vitamin C secara maksimum.

Pengalaman Pengguna Vitamin C Untuk Kulit

Bagaimana nak Order Vitamin C Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Call/SMS/WhatsApp: 0122919792

Instagram : @shaza.adt / @keepfitwithshaza

Facebook : Shaza ADT Shaklee Malaysia

Leave a Reply