5 Cara Nak Mula Bisnes Online Dengan Shaklee
Buat bisnes online ni berbaloi ke? Bagi saya, ianya sangatlah berbaloi.
Kalau dulu, anda perlu buka kedai fizikal untuk mula bisnes, tapi dengan wujudnya bisnes online, capaian pelanggan anda lebih luas. Pelanggan bukan lagi tertumpu sekadar saudara mara, kenalan dan jiran-jiran semata, tapi jauh beribu batu pun tidak mustahil.
Bagi saya, bisnes anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Sangat sesuai untuk surirumah seperti saya yang inginkan time freedom dan pada masa yang sama dapat menjana income dari rumah
Surirumah juga boleh ada pencen!
Jana Income dengan Bisnes Online dari Rumah
Bagi saya, bila bercakap mengenai bisnes online, ia lebih merujuk kepada ‘flexibility’ untuk memilih waktu dan tempat bekerja. Bisnes kita mobile dan boleh dilakukan di mana sahaja. Anda sendiri boleh lihat perubahan drastik bisnes online yang semakin berkembang sejak tahun 2020 sejak penularan Covid-19. Jadi rugi kalau kita tak mulakan bisnes online kita sekarang.
Nak mula bisnes Shaklee dan jana RM 3k sebulan?
Bisnes Online sejak 2014
Saya mula bisnes Shaklee sejak tahun 2014 secara part time dan pada tahun 2015 saya resign sebagai seorang engineer. Masa tu niat untuk membesarkan anak tapi pada masa yang sama nak ada income sendiri. Alhamdulillah bisnes online yang sangat berbaloi. Kesihatan diri dapat, kesihatan wang juga dapat.
Cara buat bisnes online Shaklee #1 Be the best consumer
Saya mula mengenali Shaklee asbab masalah period pain saya yang teruk. 5 tahun mengalaminya, cukup pelbagai ubat dah ditelan tapi masih tak baik juga. Alhamdulillah lepas consume set senggugut Shaklee, dalam masa dua bulan, tiada lagi masalah senggugut yang menyakitkan.
Di situlah bermulanya kisah cinta dengan Shaklee sehinggalah mengandung, menyusukan anak, berpantang, tingkatkan kesihatan anak, kesihatan ibu abah yang lebih baik, penggunaan pencuci rumah yang selamat dan banyak lagi.
Dari pengalaman sendiri, barulah rasa untuk explore lagi mengenai syarikat Shaklee ni. “A great product comes from a great company“
Buat 7 perkara penting ini untuk anda yang nak buat bisnes online Shaklee:
- Tahu company background dan company milestone
- Kisah Dr Forrest Shaklee, founder Shaklee Cooperation
- Kenali Shaklee Difference
- Tahu kelebihan produk Shaklee mengikut niche anda
- Selesaikan masalah pelanggan
- Buat research dan dapatkan pengalaman
- Sentiasa tambah baik kualiti kerja
Cara buat bisnes online #2 Berkongsi Shaklee Story Anda
Stories sell. Great SALES STORIES sell even more.
Kelebihan bercerita bila buat bisnes online adalah anda dapat membina trust kepada audience anda.
Cara membuatkan orang nak membeli dari cerita anda
- Masalah yang dihadapi oleh orang ramai, yang boleh diselesaikan oleh produk atau perkhidmatan anda.
- Cara untuk seseorang mengakses produk atau perkhidmatan itu dengan mudah
- Bagaimana produk atau perkhidmatan anda telah menghilangkan masalah itu
Jual tapi tak nampak menjual
Cara buat bisnes online #3 Manfaatkan penggunaan platform ataupun media sosial
Kalau dahulu kita terpaksa meniaga di tepi jalan ataupun bawa barang jualan dari rumah ke rumah. Namun, sekarang ni, kita ada pilihan. Dengan adanya internet, kita mampu mengembangkan potensi jualan ke seluruh dunia.
Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Instagram, blog dan Tik Tok ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk anda pasarkan produk anda.
Langkah permulaan yang terbaik adalah untuk create satu facebook page untuk memperkenalkan produk anda. Lepas tu, bolehlah anda dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial.
Ada lagi media sosial yang anda ketahui? Gunakannya.
Jangan lupa untuk follow media sosial Shaza, ok
Cara buat bisnes online #4 Simpan database
Penting tak simpan database ni? Penting sangat!
Samada pelanggan anda membeli atau pun tidak, penting untuk anda simpan database untuk meningkatkan engagement dengan pelanggan. Antara kepentingan database juga adalah untuk menjaga pelanggan supaya mereka akan membeli lagi dengan anda.
Bila kita tengok pasaran bisnes online ni, memang kita ada ramai pesaing yang menjual produk yang lebih kurang sama. Apa yang membezakan kita antara peniaga yang lain adalah servis yang kita berikan kepada pelanggan kita.
Selain itu, dengan adanya database, ia boleh mengembangkan bisnes online anda dengan lebih berkesan. Dari situ boleh jadi mereka akan mengesyorkan produk anda dan membeli dengan anda lagi dan lagi. Inilah yang dinamakan word of mouth marketing. Pentingnya word of mouth ini adalah:
- Berkesan untuk meningkatkan jualan
- Dapat mempromosikan produk kepada pelanggan baharu
- Meningkatkan pengaruh ‘personal branding’ anda
- Mewujudkan loyal customer kepada produk anda
Cara buat bisnes online #5 Konsisten
“Consistent action creates consistent results”
Buat apa saja dalam hidup anda secara konsisten. Lebih-lebih lagi bila anda melibatkan diri dalam bisnes online. Bila anda buat, akan dapatlah hasilnya.
Nak konsisten ni memang tak mudah. Paling penting bagi saya adalah sistem sokongan dari komuniti bisnes yang salin menyokong antara satu sama lain. Minat yang mendalam untuk berjaya dalam bisnes dan membantu orang lain sama-sama berjaya adalah salah satu dorang untuk seseorang itu konsisten dalam bisnes.
Untuk membina suatu legasi bisnes online yang berjaya sudah semestinya penuh dengan liku cabaran. Jadikan 5 cara terbaik buat bisnes online yang saya kongsikan pada kali ini sebagai panduan untuk anda memiliki bisnes yang bertahan selama bertahun-tahun.