www.shazas.com

motherhood | self-growth | wellness

Quick contact info

Lorem ipsum dolor sit amet, the administration of justice, I may hear, finally, be expanded on, say, a certain pro cu neglegentur. Mazim.Unusual or something.

2130 Fulton Street, San Francisco
support@test.com
+(15) 94117-1080

Berjaya Hamil dengan Set Lengkap Kesuburan Shaklee untuk suami isteri

Berjaya Hamil dengan Set Lengkap Kesuburan Shaklee untuk suami isteri

Hari ni topik yang ramai mesej Shaza adalah bertanyakan mengenai supplement untuk Set Kesuburan Shaklee. Semenjak saya mulakan bisnes Shaklee bermula tahun 2014, Alhamdulillah Shaza berpeluang untuk bantu ibu-ibu mendapatkan nutrisi terbaik ketika hamil dan berpantang. Tidak kurang juga mereka yang ingin ikhtiar hamil dengan Set Kesuburan Shaklee.

Seronok bila dapat mesej mereka berjaya pregnant. Macam kita pula yang pregnant! Happy for them. Paling best kitalah yang jadi antara terawal yang tahu mengenai good news ni!

Shaza tak jual dengan testimoni semata, tau. Saya lebih suka berkongsi dengan ilmu. Saya sendiri adalah testimoni #ShakleeEffect berjaya hamil dengan Set Kesuburan. Saya selalu percaya, setiap badan kita tidak sama jadi kita perlu ikhtiar untuk memahami terlebih dahulu fisilogi badan kita. Baja badan kita secara semulajadi supaya sihat untuk persediaan hamil.

Badan kita akan at its optimum bila kita perbaiki lifestyle dan pemakanan kita kerana persekitaran dan gaya hidup kita yang banyak mempengaruhi kesihatan kita

Persediaan Hamil

“Every pregnancy should be wanted”

Teringat nasihat Dr Harlina dalam salah satu perkongsian beliau. Masa tu anak baru seorang. Penting sebenarnya kita sebagai isteri mahukan juga pregnancy ni kerana ia akan mempengaruhi emosi, mental dan fizikal kita.

Bagaimana menjaga fizikal kita?

Tugas kita adalah dengan meningkatkan semula daya fungsi badan kita! Jadikan badan sihat semula. Bebas dari toksin. Bebas dari stress. Bebas dari penyakit. Berat badan kita sebelum mengandung juga ideal untuk elakkan penyakit atau komplikasi ketika mengandung nanti.

Selain pengambilan supplement , buat juga perkara ni

  1. Jaga pemakanan – lebihkan mengambil makanan ‘real food‘. Elakkan dari mengambil makanan fastfood, minuman manis dan bergas, makanan manis. Pengambilan pemakanan yang tidak sihat akan meningkatkan hormon insulin yang akan menyebabkan peningkatan risiko keradangan pada organ tubuh yang lain.
  2. Bersenam– rasanya kita semua dah tahu kelebihan dan kebaikan bersenam. Salah satu senaman yang sangat efektif dan mudah adalah berjalan kaki. Berjalan selama 30 minit, dapat mengurangkan depression dan stress. Berjalan laju, tau, bukan berjalan macam kita berjalan di pasar tu.
  3. Dapatkan nasihat dari pakar sakit puan. Bila kita dah tahu kondisi badan kita dan pasangan, senang untuk kita tahu supplement yang badan kita perlukan.

Bagi yang sedang ikhtiar untuk hamil, disamping regular check up dengan pakar sakit puan, top up juga dengan supplements. Semakin berusia, sel badan kita semakin ketandusan vitamin dan nutrisi. InshaAllah badan kita akan work at its best bila sihat.

SET Kesuburan Shaklee sangat popular di kalangan pasangan yang sedang merancang untuk hamil. Produk ini membantu meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri dengan cara yang selamat dan semulajadi.

Rangkaian produk ini membantu dalam:

– Meningkatkan kualiti telur dan pembentukan folikel
– Mengurangkan risiko keguguran
– Meningkatkan kualiti sperma
– Menyeimbangkan hormon
– Memperbaiki kualiti tidur
– Meningkatkan kesihatan keseluruhan badan- Mengurangkan gejala PMS

Saranan saya

Untuk bakal ibu

1. PROTEIN
Protein membantu anda mengekalkan berat badan yang optimum dan mengekalkan paras hormon yang normal kerana ia penting untuk:

  • Meningkatkan peluang implantasi.
  • Mengekalkan penghasilan telur dan sperma yang sihat.

2. VITAMIN B & ASID FOLIK
Vitamin B dan asid folik bukan sahaja membantu dalam meningkatkan peluang kehamilan, ia juga membantu untuk:

  • Meningkatkan kadar kejayaan rawatan kesuburan.
  • Mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi.

3. VITAMIN C
Bertindak sebagai antioksidan, vitamin C membantu meneutralkan radikal bebas dan menggalakkan:

  • Fungsi ovari yang lebih sihat.
  • Paras hormon yang optimum dan menggalakkan penebalan rahim yang sihat sebagai persediaan untuk hamil.

4. ASID LEMAK OMEGA-3
Kajian yang dijalankan ke atas wanita menunjukkan pengambilan makanan laut yang banyak dan/atau mengambil suplemen asid lemak omega-3 membantu untuk:

  • Meningkatkan kualiti telur dan kadar ovulasi.
  • Meningkatkan kadar kesuburan di kalangan wanita berusia lebih 35 tahun.

5. KALSIUM
Kalsium memainkan peranan yang sangat penting dalam peringkat pra-kehamilan kerana ia:

  • Mencetuskan proses perkembangan embrio.
  • Menghasilkan persekitaran yang kondusif untuk persenyawaan.

6. MULTIVITAMIN + ZAT BESI
Satu kajian dilakukan ke atas wanita yang mengalami ketidaksuburan pada peringkat ovulasi menunjukkan pengambilan multivitamin secara berkala membantu untuk:

  • Mengurangkan risiko kegagalan ovulasi.1
  • Menggalakkan kitaran ovulasi yang sihat.1

7. POLIFENOL
Bertindak sebagai antioksidan, antikeradangan dan malah mempunyai ciri antipenuaan, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa polifenol bermanfaat dalam meningkatkan fungsi ovari dengan:

  • Menggalakkan penghasilan telur yang sihat dan matang.2
  • Melindungi ovari dan telur daripada kerosakan akibat radikal bebas.2

Untuk Bakal Bapa

1. POLIFENOL
Terkenal dengan ciri antioksidan dan antikeradangan, polifenol membantu untuk:

  • Meningkatkan jumlah sperma.3
  • Meningkatkan motiliti sperma.3

2. KOENZIM Q10
Koenzim Q10 merangsang tenaga sperma yang seterusnya membawa kepada:

  • Peningkatan jumlah sperma yang sihat.4,5
  • Peningkatan pergerakan sperma.4,5

3. ZINK
Memainkan peranan besar dalam kesuburan lelaki kerana ia berfungsi untuk:

  • Mengekalkan paras testosteron untuk penghasilan sperma yang sihat.6
  • Menggalakkan penghasilan sperma yang normal.6

Set Kesuburan Shaklee Berjaya Hamil .Kepada kawan kawan yang nak mencuba boleh hubungi Shaza.

Yakin, dengan izin Allah. Bila badan kita sihat dan sedia untuk hamil, peluang untuk kita hamil adalah lebih tinggi. Stay positive!

Call/SMS/WhatsApp: 0122919792

Instagram : @shaza.adt / @keepfitwithshaza

Facebook : Shaza ADT Shaklee Malaysia

Leave a Reply