Suatu Ketika Saya Pernah Putus Asa

Suatu Ketika Saya Pernah Putus Asa

8 tahun yang lepas, Shaza pernah mengalami masalah senggugut yang sangat teruk. Setiap kali hujung bulan, mesti hati ni berdebar-debar. Bila tanda-tanda seperti sakit belakang, cramp, pening-pening dan rasa sengal-sengal badan tu dah mula rasa, Shaza dah tahu dah lagi sehari dua ni mesti period datang.

Selalunya 2 hari yang pertama adalah paling teruk. Memang tak boleh nak gerak mana. Baring je satu hari. Kalau dulu masa time Foundation sampai dah habis Degree, asalkan period je Shaza akan MC. Lama, kan menderita dengan masalah senggugut ni. Ngeri bila teringat balik. Itu belum kes pengsan tengah-tengah mall sebab tiba-tiba pitam. Tak kelakar juga pitam tengah-tengah mall sorang-sorang.

Pernah sekali sebab rasa pelik sangat dengan warna darah, Shaza pergi berjumpa dengan Dr Sakit Puan di Kedah. Dr hanya berikan ubat tahan sakit. Memang lega lah setiap kali ambil. Macam tu lah routine Shaza. Bila sakit, jumpa Dr, doktor akan berikan pain killer.

Tapi, sampai bila nak ambil pain killer?

Sampai bila nak rasa sakit period setiap bulan? 

Sampai bila nak tahan dengan sakit ni?

Abah dan Ibu pon buntu nak buat macam mana. Shaza mula exercise dan jaga makan. Mungkin kekurangan dua ni yang buatkan kesihatan Shaza makin merosot. Sampailah satu hari, Shaza diperkenalkan dengan Shaklee.

Shaza consume 3 produk ni dulu.

GLA Complex, B Complex dan Ostematrix

3 supplement ni membantu untuk kurangkan cramp, GLA Complex bantu untuk stabilkan hormon dan B Complex bantu untuk elakkan pening

Bulan pertama nak datang period, walaupun sakit tu terasa, tapi tak seteruk sebelum ni. Masuk bulan ke dua dan seterusnya, Alhamdulillah tiada lagi period pain yang sakit sampai terguling-guling tu. Cuma rasa cramp dan angin badan je bila period.

Tapi bila Shaza mula makan Vivix, it changes everything. Kalau dulu rambut selalu gugur, kulit kering, kuku pecah asbab pengambilan pain killer tapi lepas consume Vivix, Alhamdulillah bukan sahaja sakit period pain tu hilang, simptom-simptom lain seperti mood swing dah tiada lagi. Kulit makin cantik dan tiada lagi masalah rambut gugur.

Syukur sangat.

Bila dah rasa sihat, baru lah kita hargai sangat kesihatan kita ni. Ianya memang jauh bermakna dari segala-galanya. Maka niat saya ingin berkongsi kebaikan Vivix dan supplement Shaklee kepada lebih rapai orang. Biar semua boleh rasakan kesihatan yang Allah anugerahkan untuk kita.

Sebenarnya ramai yang mengalami masalah period pain ni cuma tak tahu cara selamat dan effective untuk masalah mereka.

Ianya memang mengubah mentaliti saya yang hanya nampak ubat-ubatan sahaja sebagai cara merawat. Kini saya yakin semua penyakit ada penyembuhnya.

Supplements adalah cara kita MENGHALANG PENYAKIT DAN MENYEMBUHKAN TUBUH KITA dengan memberikan vitamin dan mineral yang badan kita perlu untuk berfungsi dengan lebih baik.

Cegah dari awal lebih baik dari berpenyakit dan mula megamalkan ubat-ubatan.

I’ve learned my lesson well.