Pengalaman Berpantang Anak ke 4 dengan Set Berpantang Shaklee

Pengalaman Berpantang Anak ke 4 dengan Set Berpantang Shaklee

Kalau orang kata dah bersalin kali ke 4 ni, mesti dah pro dalam pantang. Tapi sebenarnya, setiap anak akan berikan kita pengalaman yang berbeza. Ada sahaja perkara baru yang kita akan belajar. Itulah bila bergelar seorang ibu.

A never ending learning experience.

Bagi Shaza sakit nak melahirkan tu sekejap saja, tapi penjagaan masa berpantang tu lah yang paling kita kena jaga. Sebab tu kita kena berpantang selama 44 hari. Berurut, bertungku, bertangas, etc antara yang kita biasa lakukan sepanjang berpantang. Dalam tempoh itulah badan kita perlukan nutrisi yang secukupnya untuk recover seperti sedia kala.

Time berpantang, memang Shaza pantang betul-betul. Makanan haruslah healthy agar kita mendapat nutrisi yang mencukupi. Sekejap je 44 hari tu sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila anak makain bertambah. Sedar-sedar dah nak habis pantang. Lepas berpantang tu, makan lah apa yang nak makan pon. Tapi betullah orang kata, anak pertama memang takkan rasa. Kita langgar pantang pon tak ada effect apa-apa. Bila anak ke empat ni, memang terasa sangat diri ni makin tua.

 

Mengapa Shaza cadangkan Set Berpantang ni?

  1. Sebab ia merangkumi semua keperluan tubuh badan untuk pulih selepas melahirkan baby. Mesti kita nak cepat sembuh kan? Lebih-lebih lagi badan akan rasa lebih bertenaga sampai orang cakap seperti bukan ibu berpantang, muka naik seri dan yang paling best, susu badan insyaAllah meriah. [Produk Cadangan Vitalea & ESP]
  2. Lepas bersalin samaada Pembedahan atau Normal, mesti kita mengalami luka bersalin kan? Untuk memastikan luka bersalin cepat kering dan sembuh, ia mestilah dirawat dari dalam. So, “nutrisi” yang boleh menggalakkan penyembuhan luka agar boleh cepat-cepat kering dan kurangkan bengkak sangat penting. Set ni memang membantu mengelakkan luka bernanah dan bengkak dalam tempoh yang lama. [Produk Cadangan Vitamin C & ESP]
  3. Ketakutan ibu berpantang yang paling utama adalah Sembelit. Mostly ramai sangat yang kena Buasir semasa berpantang. So dengan set ni, insyaAllah sesi pembuangan ibu berpantang akan lebih lancar tanpa rasa sakit di bahagian jahitan. [Produk Cadangan Ostematrix]
  4. Risiko baby blues atau meroyan adalah tinggi semasa berpantang. Apatah lagi kalau berpantang sorang-sorang kan? Ia sangat bahaya buat ibu apatah lagi baby. Sudah tentu ibu tidak mahu perkara kemurungan terjadi kan? So pengambilan set ini dapat berikan nutrisi secukupnya untuk mengelak rasa tertekan dan stress sepanjang berpantang.  [Produk Cadangan B-Complex dan Omega Guard]
  5. Lagi satu yang paling penting, bila berpantang ni memang tak boleh lambat makan. Orang lain memang takkan faham. Kita yang berpantang ni je yang tahu perasaan menggigil kelaparan tu macam mana. Shaza selalu ambil “makanan segera” ni untuk elakkan kelaparan. “Makanan Segera” ni penuh nutrisi, mengenyangkan serta membekalkan tenaga berpanjangan dan memeriahkan susu ibu. [Produk Cadangan ESP, bancuh-bancuh kenyang gittew]

Pengalaman Bersalin Cser dan Normal

 

Shaza pernah alami both experience bersalinkan secara caesar dan normal. Anak pertama Shaza Ceaser. Alhamdulillah anak yang seterusnya dapat merasa vaginal birth. Kedua-dua berikan pengalaman yang berbeza. Sakit dua-dua pon tak sama. Cukuplah dah pernah mengalami bersalin secara ceaser sekali. Alhamdulillah anak yang lain dapat melahirkan secara normal.

Shaza amalkan pengambilan Set Bersalin Shaklee ni sejak anak pertama lagi.  Alhamdulillah, luka bersalin ceaser pulih dengan cepat, jahitan cantik tak menggelembung, tak sakit di bahagian jahitan, susu banyak, badan bertenaga dan baby tidur lena bila cukup susu. Syukur sangat masa tu dah kenal Shaklee. Bila bersalin secara normal pula, makin ramai anak, makin sakit rasa rengat tu.

Alhamdulillah Set Berpantang Shaklee membantu dalam penyusuan Shaza. Rezeki dapat berikan susubadan kepada semua anak Shaza 

Set Bersalin Shaklee Premium

Di sini Shaza share dengan lebih detail lagi fungsi setiap produk dalam set ni.

1.Vitalea Iron Formula

Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Ia merupakan multivitamin yang lengkap agar ibu berpantang mendapat nutrisi yang secukupnya.

Ia membekalkan 23 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tapi sukar didapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.

Ianya disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan untuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

2. BComplex 

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Vitamin B Complex berfungsi

  • melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangankepada seluruh sistem badan
  • Mengelakkan stress dan meroyan dikalangan ibu berpantang
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah
  • Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan
  • Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin hasilnya kulit makin lembut dan cerah

Pengambilan B COmplex secara konsisten boleh mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks

3. Alfalfa Complex

Alfalfa kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telai dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.

Personally bagi Shaza, Alfalfa ni membantu dalam pengecutan rahim kita. Rahim cepat kecut terutama bila sakit rengat. Selain itu, ia membantu untuk kurangkan angin dalam badan, elakka rasa pening kepala semasa berpantang. Alfalfa ni merupakan favourite supplement Shaza masa berpantang.

4. ESP Soy Isolate Protein Powder

Makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protin. Protin soya membantu pekatkan susu, baby kenyang lebih lama dan badan rasa bertenaga. Bila time pantang muka pon berseri dan tak pucat.

ESP bantu kita rasa kenyang dengan lebih lama kerana mengandungi GI (Glisemik Indeks) yang rendah. Sesuai untuk menurunkan berat badan dan tahap kolestrol dalam darah.

5. Vitamin C

Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Jadi, kita perlu mengambilnya dari pemakanan kita sehari. Tahap keperluan vitamin c adalah berbeza bagi setiap individu. Pengambilan vitamin C yang disyorkan adalah sebanyak 1,000mg iaitu 2 biji Vitamin C Shaklee.

Pentingnya Vitamin C ini adalah kerana ia mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka.

  • Membaik pulih sel dan tisu yang rosak
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
  • Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit
  • Mengandungi BioFlavanoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut
  • Tahukan anda sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.

6. Omega Guard

Omega Guard membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting Omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga pertingkat

Omega Guard bagi Shaza sangat penting bagi ibu yang dalam pantang. Ianya bukan sahaja membantu stabilkan emosi ibu, tapi juga bagus untuk kesihatan jantung dan  mata bayi. Selain daripada itu, Omega Guard juga stabilkan emosi ibu, elakkan masalah depresi dan meroyan ketika berpatang.

7. Ostematrix

Ostematrix diforumlasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Ostematrix merupakan supplemen kalsium yang penting untuk ibu yang baru lepas bersalin.

  • Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi mengelakkan masalah sembelit
  • Melegakan segala kekejangan otot, sakit pinggang dan cramp akibat posisi menyusu terlalu lama dikalangan ibu berpantang
  • Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila waktu pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi, mengelakkan kejadian gigi rosak serta kerapuhan gigi.
  • Perlu diketahui bahawa kalsium adalah komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu

 

Coping with the demand of the newborn while our body is recovering, it can gives pressure to the mom. During this crucial time,  is important for the new mom have enough nutrition to build back her body after delivery – Shaza

 

**********

Sekian sahaja perkongsian daripada Shaza, diharapkan dengan perkongsian ini, ianya dapat membantu anda untuk memilih produk yang terbaik untuk anda dan bayi anda

Nak dapatkan SET BERSALIN PREMIUM SHAKLEE dengan HARGA DISKAUN AHLI?

Klik sini untuk mendapatkan konsultasi

Daftar sebagai ahli untuk membeli produk pada harga ahli.

Kelebihan menjadi ahli, anda secara automatik layak mendapat diskaun 15%-30% bagi setiap produk & Anda berpeluang untuk mendapat CASH BACK BONUS!

Hubungi saya melalui Call/Whatsapp: 012-291 9792

Berminat untuk mendapat BONUS TUNAI, KERETA DAN TRIP PERCUMA dengan MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Klik sini : DAFTAR AHLI!

ATAU

Klik sini : PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG

 

Open chat
1
Nak harga ahli ?
Hello 👋
Berminat nak dapatkan harga ahli?
Powered by