Assalamualaikum wbt.

Post yang sangat overdue. Surayyah pon dah nak masuk satu tahun bulan depan. Selalu memang tak ada je masa nak update blog. Asalkan Shaza guna laptop, ada je yang join sekali. Sejak PKP ni, boleh lah selit-selit masa sikit untuk update blog.

Ok, harapnya ingat lagi lah pengalaman bersalin. Sebab best sangat. The best birthing experience ever. Gituu

8/5/2019

Masa ni dah mula rasa sakit contraction. Panik kejap sebab barang belum packing pon lagi. Husband pula masa tu tengah nightstop di Kota Kinabalu. Text husband dah start rasa sakit. Husband panik sebab nak balik lagi 3 hari. Sepatutnya due date lagi seminggu dari tarikh ni. Mungkin dah anak ke-4 ni, mood packing tu belum datang. Memang dah start packing sikit-sikit cuma tinggal nak masuk dalam beg sahaja. Sebenarnya tak perlu bawa banyak sangat ke hospital, sebab Andorra dah sediakan basically everything. Ok, Shaza akan share dalam next post barang apa yang perlu dibawa/tak perlu dalam hospital bag.

9/5/2019

Husband decide untuk balik pagi tu juga. Terkejut kita. Text husband beritahu pagi ni dah tak sakit, mungkin brixton hicks saja. First time experience, anak ke-4 baru rasa brixton hicks tu macam mana. Sampai je husband dekat rumah, terus lah kita ke hospital. So happen memang hari ni hari check up. So we decide to go for labour that day sebab bukaan dah 2cm.

Husband did all the check in procedure. Kita duduk je lah dekat atas tunggu nurse datang untuk tolakkan kita ke wad. Ramai juga yang nak bersalin hari tu. Sorang-sorang kena tolak. Alahai berdebarnya. Debar sebab teringatkan sakit contraction,sakit nak push baby. Ngilu rasa.

Alhamdulillah kami pilih bilik single room. Ingatkan tak dapat single room sebab memang ramai hari tu. Alhamdulillah rezeki anak ke 4. Dapat juga bilik single. Cantik, selesa dan bersih. Ada juga disediakan folding bed untuk suami.

Sian husband, bersahur dan berbuka dalam hospital sama-sama. Isteri nya ni dah tak puasa. Dr dah tak bagi puasa dah walaupun rasa macam boleh je teruskan puasa. Takpelah, kita ganti puasa slow-slow. Kita pon temanlah berbuka sama-sama. Time ni lah dapat spent time berdua tanpa ganguan budak kecik 3 ketul tu walaupun rindu sangat dekat 3-3 tu.

Husband : “Dah rasa sakit belum?”

Me : “Belum sayang” 🙂

10/5/2019

3:30 am : Dah mula rasa sakit. “This is it” thought myself. Bangun perlahan-lahan pergi ke toilet dulu untuk mandi, besihkan diri. Memang layan mandi air panas lama-lama. Ada juga disediakan tempat duduk dalam toilet. Sambil mandi, sambil layan contraction sorang-sorang. Lepas mandi, Shaza sempat buat solat taubat, solat hajat. Masa ni memang dah rasa dah sakit contaction tu. Tapi 10 minit sekali.

Alas perut dengan ESP dan ambil supplement yang lain untuk berikan tenaga untuk push baby nanti.

5 am : Baru kejutkan husband. “Yang, I nak bersalin dah ni. Boleh call nurse”. Melompatlah si suami. Hehe.

6 am : Nurse tolak ke labour room. Ada nurse datang untuk bacakan doa juga dan ada nurse yang check laluan berapa cm. Masa ni baru 6 cm. Dah tak ingat apa dah sebab tengah layan contraction. The thing bila anak ke 4 ni, I’m amazed with my breathing technique. Fokus pada delivery yang senang, cepat dan membahagiakan. That’s all in my mind. Masa ni sorang-sorang je. Sebab husband nak solat Subuh dahulu.

7 am : Dr Khamsiah datang ke labour room

7.30 am : My baby is born.

Paling cepat dan paling mudah among all my children. Alhamdulillah. Birthing without induce made so much different.

Still can’t believe I am a mother of four now.

Baby girl weigh 3.45 kg

 

KENAPA ANDORRA MENJADI PILIHAN?

Selepas dah experienced sendiri servis dari Andorra Hospital, ini antara point kenapa Shaza rasa Andorra menjadi pilihan Shaza. Kalau untuk future baby (ehh, ada lagi ke) InshaAllah Shaza akan ke Andorra juga

Service – Shaza bersyukur dapat nurse dan doktor yang sangat lembut dan baik. Dari masuk hospital sampai deliver sampai check out hospital dilayan dengan baik.

One with the doctor herself.

Delivery – Shaza bersyukur Dr beri peluang untuk Shaza try deliver secara natural tanpa perlu induce. First time rasa dan memang sangat berbeza pengalaman bersalin kali ni.

Food – is the best part! haha. Food semua disediakan oleh Chef Zubir. So boleh pilih dalam menu nak apa untuk sarapan, makanan tengah hari, makanan malam. Kalau suami nak pon boleh order Ala-Carte. Memang memudahkan.

Semua benda nak try. Pagi tu Shaza ambil overnight oat. Sedap sangat

Mak Yam (midwife yang expert bahagian penyusuan) akan datang dan ajar cara nak susukan anak dengan betul. Walaupun dah kali ke 4 menyusukan anak, ada juga tips-tips baru yang Shaza dapat dari Mak Yam. Mak Yam ni lah yang bacakan doa untuk kita masa dalam labour room (baru teringat)

Kita juga dapat personal masseuse yang akan mandikan kita dan urutkan satu badan. Memang sedap rasa badan bila ada orang urutkan badan lepas berpantang ni.Memang terasa ringan badan lepas tu.

Baju gown pink ni akan diberikan sepanjang kita duduk di hospital. That’s why I cakap tak perlu bawak banyak barang. Sebab baju ibu, baju baby semua dah disediakan. Hanya bawa baju untuk balik ke rumah sahaja.

An hour after deliver. Sedapnya bau baby

Tak lupa juga doorgift daripada pihak Andorra. Terima kasih Andorra sebab bagi free gift. Banyak betul dia bagi macam beg baby, bedung, stokin, thermos, notebook, baby wash, hygiene wash, sample diapers, ehh macam-macam lagi lah.

All in, memang Shaza sangat puas hati dengan servis dan pengalaman bersalin di Hospital Andorra. Berapa total cost serious Shaza lupa. Tapi husband kata aroung RM 5k++.For me apa yang kita bayar sangat worth dengan apa yang diberi. Pengalaman bersalin yang menyeronokkan.

Welcome home Safiyyah Shahir!

Bagi yang tengah survey nak bersalin dekat mana, Shaza recommend untuk pilih hospital Andorra. Tak salah kalau kita pilih tempat yang terbaik. Kalau ada budget lebih Shaza suggest pilih single room sebab husband boleh teman sekali. Tak pun boleh pilih VIP room, bilik besar siap ada sofa dengan peti sejuk. Satu family dah datang melawat nak berkampung pun rasa selesa hehe.

For me this is one of the best decisions I’ve made to choose Andorra. And I’m sure you will too! 😉

*****

Anyone yang nak jana income dengan shaklee or nak cari supplement shaklee untuk kesihatan boleh je terus hubungi saya ok.
Till then,
Thank You for reading ye korang!
Love,
❤ Shaza
Founder of ADT
012-2919792 | Fb:Shaza Sulaiman

 

Open chat
1
Nak harga ahli ?
Hello 👋
Berminat nak dapatkan harga ahli?
Powered by