Testimoni Shaklee – Pengalaman saya makan Shaklee selama 12 tahun
Nak tahu kisah testimoni shaklee saya selama 10 tahun tak? Jom saya share
Bila berkongsi cerita mengenai #shakleeeffect saya, memang banyak! Yelah, sejak tahun 2010 lagi saya mengamalkan pengambilan supplement Shaklee. Alhamdulillah sampai sekarang masih setia dengan Shaklee. Masa mula-mula kenal Shaklee adalah melalui suami juga. Masa tu kami masih berkawan. Bila dia dapat tahu mengenai masalah senggugut saya yang teruk ni, terus beliau suggestkan beberapa produk Shaklee yang dapat membantu masalah period pain saya ni.
Testimoni Shaklee – Masalah Senggugut Teruk Pulih
Masalah senggugut saya ni memang dah lama, sejak saya berusia 18 tahun lagi. Setiap kali nak datang bulan saja, pasti ianya satu pengalaman yang mengerikan. Sakit senggugut tu orang yang pernah melaluinya sahaja yang faham.
Setiap bulan pasti akan bergantung dengan pain killer. Selama 5 tahun mengalami masalah period pain ni memang seksa rasa.
Antara simptom mereka yang mengalami masalah senggugut :
- Sakit di bahagian bawah perut.
- Sakit kepala
- Pening
- Letih
- Sakit belakang
- Haid tidak teratur
Set Senggugut Shaklee
Alhamdulillah lepas suami kenalkan supplement Shaklee, hanya 2 bulan sahaja, dah tak rasa sakit senggugut lagi. Syukur dan happy sangat!
1. GLA COMPLEX
- Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
- wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
- Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.
2.OSTENUTRIX
- Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
- Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
3. B-COMPLEX SHAKLEE
- Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
- Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
- Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
- Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
- Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
4. ESP SHAKLEE
Memudahkan penyerapan zat besi yang dapat mengelakkan keletihan. Protein juga membekalkan tenaga yang diperlukan. Suplemen protin dari ESP Shaklee disarankan pengambilannya untuk membina dan mengekalkan asas kesihatan kerana ia kaya zat protein
5. ALFALFA SHAKLEE
Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”.
Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi
Testimoni Shaklee Saya Sejak 12 Tahun Lepas
Kalau nak listkan semua memang banyak. Suami dan anak-anak juga banyak mendapat manfaat dari pengambilan supplemen Shaklee. Anak jarang demam dan sihat. Pengalaman dari ibu abah saya, ibu dan bapa mertua, adik beradik saya juga menggunakan Shaklee.
Alhamdulillah, Shaklee membantu tingkatkan taraf kesihatan saya dan keluarga. Kawan-kawan yang ambil Shaklee bertahun juga nampak sangat perbezaan kulit dan kesihatan mereka. Makin lama kulit makin cantik dan awet muda.
Semuanya dengan izin Tuhan jua. Kita berusaha untuk mencari, mengamalkan pemakanan tambahan yang SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM dari Shaklee. Bila kita amalkan secara konsisten dengan lifestyle yang betul, pemakanan yang betul anda akan rasa perbezaan yang ketara nanti.
Doakan moga dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com