www.shazas.com

motherhood | self-growth | wellness

Quick contact info

Lorem ipsum dolor sit amet, the administration of justice, I may hear, finally, be expanded on, say, a certain pro cu neglegentur. Mazim.Unusual or something.

2130 Fulton Street, San Francisco
support@test.com
+(15) 94117-1080

Stress? Burnout? Tip Praktikal Tingkatkan Motivasi Diri

Stress? Burnout? Tip Praktikal Tingkatkan Motivasi Diri

Bila dah jadi ibu kepada 4 orang anak ini dan pada masa yang sama bekerja atau menjalankan perniagaan, normal bila kita rasa penat, stress kerana perjalanan sebagai seorang business woman dan sebagai seorang ibu sangat mencabar.

Stress? Burnout? Boleh ke nak keluar dari zon yang kita berada sekarang?

Apa kata-kata motivasi yang kita boleh ambil untuk kekal bersemangat menempuhi hari-hari yang mendatang?

Hari ni Shaza nak share tip praktikal untuk kendalikan emosi stress

Apakah tanda mental kita sihat?

  1. Boleh kendali stress dengan baik
  2. Boleh berhubung dengan orang lain (perhubungan sosial) dengan baik
  3. Boleh berfungsi secara efektif

Apakah tanda-tanda kesihatan mental kita terganggu?

  1. Mudah marah/ mudah meradang
  2. Letih lesu
  3. Keresahan yang teruk
  4. Perubahan selera makan
  5. Kurang aktiviti Harian
  6. Kerisauan berlebihan
  7. Perubahan personaliti yang ketara
  8. Kurang aktiviti terhadap aktiviti harian
  9. Perubahan personaliti yang ketara
  10. Masalah tidur (susah untuk tidur atau mudah tertidur)

Adakah stress berbahaya kepada diri?

Ya. Stress yang berpanjangan akan memberi kesan bukan sahaja kepada emosi, tetapi juga kepada tubuh badan. Stress akan meningkatkan hormon kortisol dalam badan. Kortisol yang berlebihan boleh menyebabkan rendahnya daya tahan tubuh badan dan menyebabkan banyak penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, osteoporosis, gangguan seksual dan sebagainya

Bagaimana membina ketahanan dari stress

Ketahanan dalam psikologi merujuk kepada resilience atau kebingkasan. Bermaksud kemampuan untuk bangkit semula dari cabaran hidup. Ia juga seperti bola yang melantun semula sekalipun sudah berada pada tahap paling bawah. Antara kaedah penting membina ketahanan adalah dengan mempunyai rutin asas kesihatan mental dalam kehidupan seharian kita

Apa rutin yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian?

Ada 2 rutin penting yang kita perlu titik beratkan dalam kehidupan seharaian kita.

  1. Rutin penjaan diri (self-care)
  2. Rutin swa-cinta (self-love)

Apakah rutin self-care?

  1. Tidur yang mencukupi
  2. Rehat yang sepadan dengan aktiviti
  3. Makan yang seimbang
  4. Riadah dan aktiviti fizikal berkala
  5. Elakkan bahan yang membahayakan kesihatan seperti rokok, dadah, alkohol dan kaffein berlebihan
  6. Dapatkan penilaian rawatan bagi sebarang penyakit fizikal

Apakah yang dimaksudkan dengan rutin swa-cinta (self-compassion)?

  1. Jangan meletakkan jangkaan yang tidak mampu dicapai secara realistik
  2. Mengakui dan menerima hakikat ada kalanya kita juga perlukan rehat
  3. Menerima kekurangan diri sebagai sesuatu yang normal
  4. tidak membebankan diri dengan terlalu banyak tanggungan pada masa tertentu
  5. Memaafkan diri sendiri
  6. Berkata positif terhadap diri sendiri
  7. Mengurangkan beban dengan melepaskan perkara yang tidak perlu dalam hidup
  8. Sesekali hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang istimewa

Hadiah terbaik untuk diri sendiri

Apa yang boleh dilakukan untuk bantu diri bertenang?

Sebenarnya tiada satu cara yang sesuai untuk semua orang atau semua keadaan. Apa yang anda perlu lakukan adalah meneroka sebanyak mungkin cara, mengikut kesesuaian dan kemampuan dengan pelbagai kaedah relaksasi yang anda dapati dapat mengurangkan tekanan.

Ada yang tenang dengan alam, ada yang tenang dengan muzik, ada yang tenang dengan beriadah. Jadi tiada satu yang spesifik. Apa yang penting anda cuba integrasikan aktiviti tersebut dengan dua aktiviti utama yang paling mudah dan praktikal – Teknik pernafasan dan mindfulness

Antara cara saya adalah dengan mengeluarkan peluh.

Sebenarnya apa jua masalah yang kita alami dalam hidup yang menyebabkan kita tertekan, sebenarnya pilihan yang ada di tangan kita hanya 4

  1. Selesaikan masalah kita (work on the problem)
  2. Tak boleh selesai masalah, ubah emosi yang menyakitkan yang darang sekali dengan masalah (work on the emotion)
  3. Tolerate masalah tersebut (work on acceptance)
  4. Stay miserable

Pilihan ke 4 tu yang paling mudah,kan? Sebab ianya tidak memerlukan tindakan. Tindakan yang memeritkan, sebab setiap tindakan memerlukan

  1. Proses membuat pilihan
  2. Usaha
  3. Sabar
  4. Terima Outcome
  5. Perbetul Kaedah

Salah satu cara untuk mengawal stress juga adalah dengan belajar untuk menolak, learn to say NO (dengan baik). Ramai orang yang terperangkap dengan stress adalah mungkin juga kita tidak bertegas dalam hidup, terlalu fikirkan orang lain, rasa jahat bila menolah permintaan dan mungkin juga lupa kebajikan diri sendiri

Musibah itu seperti awan, sedangkan kehidupan adalah langitnya. Awan itu sifatnya datang dan pergi, tak kira yang cantik atau yang kelam. Sedangkan langit terbentang dibelakangnya tidak berubah. Begitu jugalah sifatnya musibah. Ia tidak mendefinisi kehidupan, kerana ia hanya satu babak dalam jalan cerita panjang kehidupan. Kitalah yang mempunyai pilihan untuk tersangkut pada satu babak, atau meneruskan perjalanan panjang cerita itu.

Kata Kata Motivasi Untuk Ibu Bekerjaya Hebat

 “Self-care is giving the world the best of you, instead of what’s left of you”

Seorang ibu kepada 4 cahaya mata dan menjalankan perniagaan Shaklee dari rumah, saya juga tidak lari dari mempunyai perasaan seperti di atas. InshaAllah dengan ilmu, ia banyak membantu untuk memberi kata-kata motivasi kepada diri sendiri agar sentiasa kuat, redha, tidak mudah berputus asa, sentiasa bersemangat dan tenang

InshaAllah bila kita bahagia, lebih mudah untuk kita membahagiakan orang lain

Love yourself first

Leave a Reply