www.shazas.com

motherhood | self-growth | wellness

Quick contact info

Lorem ipsum dolor sit amet, the administration of justice, I may hear, finally, be expanded on, say, a certain pro cu neglegentur. Mazim.Unusual or something.

2130 Fulton Street, San Francisco
support@test.com
+(15) 94117-1080

Vitamin Kulit Shaklee. Kulit lebih Cantik, Bebas Jerawat dengan Set Rahmah

Vitamin Kulit Shaklee. Kulit lebih Cantik, Bebas Jerawat dengan Set Rahmah

Bila bercakap mengenai kulit yang berjerawat, memang sedih bila mengenangkan kisah diri sendiri. Saya adalah antara yang mempunyai masalah kulit berjerawat sejak di bangku sekolah lagi. Masih ingat lagi masa dah buntu sangat mengenai masalah jerawat, abah pon bawa berjumpa dengan doktor pakar kulit. Setiap kali pergi mesti kami akan tunggu lama. Masa tulah terbuka mata yang ramai sebenarnya mempunyai masalah kulit juga.

Doktor akan check dan prescribe kan ubat makan dan ubat sapu untuk sebulan. Masih ingat lagi nama ubat – Acutane. Begitulah rutin saya selama 5 bulan. Setiap hari makan ubat tanpa miss. Yelah, kita dah ‘invest’, semestinya kita inginkan result yang lebih baik.

Masuk bulan ke 6, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan treatment.

Did it get better?

It did. Alhamdulillah. Masa tu kulit memang dah clear. Tiada lagi parut jerawat yang kemerahan. Tiada lagi jerawat batu yang menyakitkan. Parut juga makin pulih.

Tapi, disebalik kulit yang lebih ‘cantik’ itu, I felt sick.

Side Effect Ubat

Bila kita mengambil ubat sintetik, pasti akan ada side effectnya. Dalam impian untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik, kita telah pun menjejaskan kesihatan diri kita sendiri dengan pengambilan ubat-ubatan ini. Pengambilan ubatan hanya memberi penyelesaian dalam jangka masa singkat. Tapi bukan menyelesaikan the root cause of acne.

Antara 12 side effect di atas, I score 8!

Side effect yang paling ketara adalah bibir kering, mata kering dan jerawat naik makin teruk selepas berhenti pengambilan ubat. Semestinya masalah kulit berjerawat ini memberi impak pada penampilan diri.

Tapi saya bersyukur kulit sekarang lebih sihat dan bebas jerawat batu berbanding dulu. Paling saya bersyukur adalah tidak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan lagi. Mungkin ada di antara pembaca yang singgah di blog Shaza ni mencari-cari solusi untuk masalah jerawat anda secara natural.

I feel you.

Punca Kulit Naik Jerawat

“A woman who desires to be beautiful needs first to look within herself”

Kesihatan luaran kita dipengaruhi oleh kesihatan dalam kita. Kesilapan saya dahulu adalah hanya memberi tumpuan kepada penggunaan krim luaran sahaja padahal yang sewajarnya diambil perhatian terlebih dahulu adalah pemakanan dan kesihatan diri.

Ada banyak sebab yang mempengaruhi masalah kulit berjerawat ini. Antaranya adalah :

  1. Hormon yang Tidak seimbang
  2. Insulin Resistance
  3. Terdedah kepada pencemaran udara dan UV
  4. Melakukan aktiviti senaman
  5. Usus yang tidak sihat / sembelit
  6. Pemakanan yang tidak sihat dan seimbang
  7. Pengambilan gula yang berlebihan
  8. Stress
  9. Waktu tidur yang tidak menentu
  10. Penggunaan produk yang tidak sesuai

5 Vitamin Kulit Untuk Masalah Jerawat

“You are what you eat”

Hari ni saya ingin berkongsi mengenai pengambilan Vitamin Kulit yang saya sendiri amalkan lebih 10 tahun untuk kesihatan kulit yang lebih sihat

1. Polifenol

Polifenol bermanfaat untuk mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan meningkatkan ketahanan badan kita. Polifenol terdiri daripada bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam buah-buahan, beri dan sayur-sayuran. Kajian saitifik menunjukkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol dalam jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap pelbagai masalah kesihatan.

KEISTIMEWAAN POLIFENOL SHAKLEE IAITU RES-V

Res V adalah antara product Shaklee yang banyak membantu masalah jerawat saya. Terasa seperti kulit bernafas kembali selepas mengamalkan ResV ni. Bukan kulit sahaja nampak lebih sihat dan awet muda, kita akan rasa lebih bertenaga juga. Res V juga termasuk dalam Set Vitamin Kulit Shaklee

Antara campuran polifenol unik dalam ResV adalah Muscadine Grape, Japanese Knotweet, Lobak Ungu, Chebulic Myrobalan, Anggur Hitam, Buah Delima, Hampas Anggur dan juga Anggur Merah telah terbukti melalui pelbagai kajian klinikal memberikan kesan positif terhadap proses penuaan sel.

Ia melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.

Masalah jerawat seperti hormon yang tidak stabil, kulit berminyak dapat diatasi oleh ResV yang bertindak diperingkat paling asas iaitu sel.

2. PROTEIN

Protein adalah makonutrien penting yang diperlukan oleh badan manusia. Semua sel dalam badan kita mempunyai protein.

Kekurangan protein boleh mengakibatkan kulit yang kusam, parut lambat pudar dan hilang keanjalan kulit.

Antara kepentingan protin :

  • Asid amino adalah antara perkara terpenting untuk proses pemulihan serta pembaikan tisu dan kulit yang rosak.
  •  Mempercepatkan proses pemulihan sel
  •  Mempercepatkan kadar pembaharuan sel, menanggalkan sel sel lama untuk memberi ruang kepada sel sel baru.
  •  Mengoptimumkan fungsi kulit dan menyokong penghasilan glutathione yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat cahaya matahari
  •  Membantu menghasilkan hormon sihat yang penting untuk kulit.

Kulit wajah kita mengambil masa 28 hari untuk penukaran sel kulit yang baru. Penjagaan kulit, pemakanan yang betul amat penting untuk memastikan kulit kita kekal berseri dari dalam ke luar. 

Kelebihan Protein Shaklee iaitu ESP Shaklee

Seperti yang kita tahu, kacang soya mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan kita.

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Gnetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

Tahukah anda?

Pengambilan ESP yang kerap adalah kunci kepada awet muda dan vitamin kulit yang sangat penting kerana Asid amino yang terdapat dalam protin ESP penting untuk pembinaan otot, kuku, kulit, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain.

3 manfaat ESP membantu untuk dapatkan kulit yang lebih sihat?

1. Bahan pelembab

Kalau anda nak tahu, soya digelar sebagai pelembap ‘pintar’ kerana berkebolehan secara semulajadi untuk melembabkan kawasan kulit yang kering sekaligus mengurangkan kulit berminyak di bahagian kulit yang lain. Kedutan

2. Mengurangkan Kedutan

Soya mengandungi sejenis bahan isoflavon yang dipanggil sebagai saglycones yang dapat membantu dalam memperbaiki penampilan penuaan kulit termasuklah mengurangkan garis-garis halus kedutan pada wajah.

3. Menegangkan kulit

Selain itu, soya juga dapat membantu dalam meningkatkan ketegangan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen. Kolagen dan fiber merupakan bahan yang bertanggungjawab dalam proses menegangkan kulit.

So, bagi anda yang nak kulit sentiasa cantik, ambillah makanan mahupun minuman yang mengandungi kacang soya

3. Vitamin C

Vitamin C, atau asid askorbik, adalah nutrien yang sering kita kaitkan dengan menyokong imuniti kita, tetapi ia sebenarnya lebih dari itu.

3 cara Vitamin C membantu dengan masalah jerawat

1. Mengurangkan keradangan kulit

Jerawat, psoriasis dan dermatitis atopik adalah antara bentuk keradangan. Ia melibatkan simptom seperti kemerahan, kegatalan dan kekeringan

Kajian menunjukkan pesakit yang mempunyai keradangan kulit ini mengalami kekurangan paras Vitamin C di kulit mereka

2. Bertindak sebagai Antioksida

Kulit kita sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti asap rokok, sinaran uv yang boleh menyebabkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas ini akan menyebabkan tekanan pengoksidaan yang boleh merosakkan sel badan kita.

Vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas yang berbahaya untuk kulit

3. Mencegah daripada kulit kering

Masalah kulit kering ini boleh terjadi akibat faktor usia, pengambilan ubat-ubatan, pengguna produk kosmetik yang salah, atau disebabkan oleh faktor persekitaran

Kelebihan Vitamin C Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus

  • Vitamin C Shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat (sustained released) yang membekalkan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penyerapan. Takdelah isu pembaziran bila anda pilih amalkan Vitamin C brand Shaklee ni. 
  • Dihasilkan daripada sumber semulajadi yang terbaik iaitu ekstrak jagung. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunya masalah penghadaman, gastrik kerana Vitamin C Shaklee tidak memedihkan perut.
  • Ditambah pula dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan Vitamin C untuk meningkatkan kesannya.

Dengan pengambilan Vitamin C setiap hari, akan menggalakkan lagi penghasilan kolagen semula jadi tubuh badan dan membantu memastikan jaringan kolagen sentiasa dalam keadaan baik untuk kulit yang lebih anjal dan berseri.

4. Omega 3

Selain bagus untuk fungsi kesihatan tubuh, Asid lemak Omega 3 juga berperanan terhadap keadaan kesihatan membran-membran sel kulit

3 manfaat Omega-3 membantu mengurangkan keradangan yang menyebabkan jerawat

1. Bantu mengurangkan jerawat

Omega-3 telah terbukti dapat mengurangkan keradangan, termasuk keradangan yang menyebabkan jerawat. Pengambilan minyak ikan dapat membantu untuk mengawal minyak di kulit wajah, meningkatkan hidrasi kulit dan seterusnya dapat mengurangkan masalah jerawat.

Minyak ikan mempunyai sifat antioksidan an anti inflamasi membantu mempercepatkan pemiluhan jerawat.

2. Melindungi kulit dari gatal, kering dan kemerahan

Omega-3 dalam minyak ikan dapat digunakan untuk meningkatkan fungsi pelindungan kulit, memberi kelembapan dan mencegah iritasi seperti kulit yang kemerah-merahan, kering, atau gatal yang disebabkan oleh masalah kulit lain seperti dermatitis atopik dan psoriasis.

Pengambilan omega-3 yang tinggi juga dikaitkan dengan risiko rendah dermatitis atopik pada bayi dan peningkatan gejala psoriasis pada orang dewasa.

3. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka

Pengambilan minyak ikan juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Sifat anti inflamasi dalam omega-3 lah yang berperanan dalam fungsi ini. Asid Lemak Omega-3 dari minyak ikan dapat mencegah infeksi luka dan dapat meningkatkan penyembuhan luka.

Minyak ikan juga boleh mencegah timbulnya jaringan parut yang dapat menyebabkan bekas luka. Ini dapat membantu menyingkirkan bekas jerawat.

Kelebihan Omega-3 Shaklee iaitu Omega Guard Shaklee

Shaklee Omega Guard merupakan sumber Minyak Ikan yang Terbaik dunia.

Berbanding dengan produk Omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

  • Penyulingan Molekul 3 Peringkat untuk mendapatkan ketulenan dan kepekatan yang berkualiti. Proses properitari ini memekatkan Omega 3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan tercemar.
  • Minyak ikan yang mempunyai gred Farmaseutikal.
  • Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi. 1 sajian memberikan 999 mg asid lemak Omega 3 (546 mg EPA, 360 mg DHA)
  • Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA, ALA , HPA , ETA , DPA dan SDA kesemua spektrum omega 3 yang diperlukan oleh badan.
  • Bau dan rasa hanyir yang minimum.
  • Diiktiraf oleh Friend of The Sea. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

5. Detox

Kulit merupakan organ perkumuhan terbesar dalam badan. Kulit akan menjadi terlalu berminyak atau berjerawat apabila badan kita mempunyai kadar toksin yang tinggi.

Antara faktor masalah jerawat adalah usus yang tidak sihat atau mempunyai masalah sembelit.

Kelebihan Herblax Shaklee

Dengan pengambilan Herb-Lax ia mampu merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, you gonna love the effect!

Testimonial Bebas Dari Jerawat dengan Vitamin Kulit Shaklee

PROMO VITAMIN KULIT CANTIK SET RAHMAH SHAKLEE

Jom dapatkan set promo bulan ni. Set Rahmah untuk Vitamin Kulit Shaklee

Vitamin C dan ESP

Harga asal : RM288

Kini sehingga 30 April 2023, anda boleh dapatkan 2 VITAMIN CANTIK ini dengan HARGA RAHMAH SERENDAH RM99 dan KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA!

JOM DAPATKAN SET CANTIK SHAKLEE 

ESP + VITAMIN C

PADA HARGA VITAMIN RAHMAH RM99 JE!

PROMOSI 1-30 APRIL 2023!

CLIK JOIN AHLI SHAKLEE

Nak Bebas kan Diri Dari Kurang kayakinan Diri Bila Ada Masalah Jerawat ni?

Jom cuba vitamin kulit Shaklee ni. Paling penting produk Shaklee adalah selamat, berkesan dan organic.

Hubungi saya di 0122919792 atau klik link ini 

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai Set Shaklee yang paling tepat untuk anda. Tips dan cara pengambilan yang betul akan diberikan juga apabila membuat pembelian daripada saya.

Penghantaran Shaklee sekitar Kajang, Bangi, Serdang, Cheras, Ampang

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Leave a Reply