www.shazas.com

motherhood | self-growth | wellness

Quick contact info

Lorem ipsum dolor sit amet, the administration of justice, I may hear, finally, be expanded on, say, a certain pro cu neglegentur. Mazim.Unusual or something.

2130 Fulton Street, San Francisco
support@test.com
+(15) 94117-1080

Turun 10 kg dalam 3 bulan! Buat 7 Tips Cepat Kurus ini!

Turun 10 kg dalam 3 bulan! Buat 7 Tips Cepat Kurus ini!

Bagaimana azam tahun baru 2023 untuk turunkan berat badan?

Ada progress?

Atau masih di berat yang sama?

Anda berada di sini menunjukkan anda mencari-cari solusi untuk menurunkan berat badan. Mungkin juga pernah kecewa kerana banyak kali gagal untuk turunkan berat badan. Dont worry. Jom start semula matlamat untuk turunkan kembali berat badan dari sini. Jika betul-betul ikut setiap langkah ini, anda boleh nampak hasilnya seawal 1 minggu.

Nak tahu cara saya turunkan 10 kg berat lepas melahirkan anak? Saya share kan Tips kurus dengan cepat selepas anak ramai

Bukan salah ibu yang mengandung

Setiap kali mengandung, setiap kali tu jugalah berat akan naik sehingga 20kg. Walaupun setiap kali selepas bersalin sangat mudah untuk turun kepada berat sebelum mengandung, tapi tidak untuk anak yang ke empat ini. Makin berusia makin susah nak turunkan berat badan.

“I still have 10kg to go”

Anda pernah struggle macam ni??

Nak kurus tapi mulut asyik nak mengunyah je. Dari pagi sampai ke malam. Dah macam-macam cara dah cuba untuk kurus. Kalau berjaya pun sekejap je. Tak lama lepas tu senangnya berat naik balik. Susah betul nak konsisten. Kadang-kadang tu rasa macam dah tiada harapan untuk kurus lagi.

Sayalah ni.

Anak dah 3 tahun, tapi masih belum dapat turunkan berat. Dari situ dah tahu something is not right.

Saya kena buat sesuatu.

Paling merisaukan, kalau berat masih tidak turun, kegemukan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti

  • Penyakit kencing manis
  • Hati berlemak
  • Tekanan darah Tinggi
  • Serangan jantung
  • Bacaan kolestorl tinggi
  • Gout

Bila usia dah masuk pertengahan 30an, kurus tu bukanlah lagi matlamat. Tapi lebih untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Percayalah lah bila anda kurus, anda akan rasa lebih sihat.

Tapi nak kurus dengan cepat, anda kena sihat dahulu!

Selepas 3 bulan amalkan ilmu DietIFShaklee ni, Alhamdulillah berjaya akhirnya turunkan 10kg dari berat selepas bersalin.

Weightloss is definitely a lifelong journey. Enjoy the process!

Apa punca susah kawal makan?

Sebenarnya PUNCA utama susah untuk kurus adalah disebabkan oleh faktor pemakanan selama bertahun-tahun sebelum ini. Bukan disebabkan oleh anda makan banyak, kurang bersenam atau sistem metabolisma badan yang perlahan. Kerana berat badan kita terlebihlah yang menyebabkan kita makan lagi banyak. Sistem metabolisma tidak semudah tinggi atau rendah. Ia lebih kompleks.

Keseluruhan sistem metabolisma kita sebenarnya dah terganggu berpunca daripada 1 hormon iaitu HORMON INSULIN. Hormon insulin inilah yang menjadi punca kepada kegemukan yang menyebabkan kita sangat susah nak kawal makan.

Bagaimana nak mula? Ikuti 7 Langkah Mudah ini untuk Kurus Dengan Cepat

Langkah 1 : Elakkan Pengambilan Gula Pasir Secara Berlebihan

Gula dalam bahasa sains adalah SUKROSA. Di dalam sukrosa hanya ada 2 bahan lain. FRUKTOSA & GLUKOSA . Tiada vitamin, fiber atau mineral yang lain yang baik untuk kesihatan. Apabila gula diambil secara BERLEBIHAN, Fruktosa akan membuatkan hati anda berlemak. Glukosa pula akan menyebabkan anda GEMUK

Sangat PENTING untuk anda tinggalkan dahulu untuk turunkan berat badan. Cuba tinggalkan gula dalam masa 14 hari (tempoh masa adalah berbeza bagi setiap individu), rasa apa akan jadi. Salah satunya, anda akan rasa lebih segar. Tiada lagi rasa mengantuk selepas makan. Pernah tak bila terasa lapar, tangan akan mula menggigil sedikit. Selepas makan pula, kalau hanya minum air kosong, ada rasa sesuatu tak kena. Lidah akan rasa nak sesuatu yang manis.

Sebenarnya ia adalah disebabkan oleh SUGAR CRAVING/ KETAGIHAN GULA kerana kita dah biasa makan gula secara berlebihan. Cuba tinggalkan gula. Seawal 14 hari, simptom sebegini akan berkurangan atau hilang terus.

Langkah 2 : Kurangkan Makan Makanan Tinggi Karbohidrat Terutamanya Makanan Proses

Contohnya roti putih, kek, pastri, biskut dan seumpamanya yang mana bahan-bahannya ada tepung gandum. Sama macam gula, karbohidrat Proses ada TINGGI kandungan GLUKOSA. Dan kesan daripada pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan PINTU INSULIN rosak. Selain itu, karbohidrat proses ada bahan lain seperti GLUTEN yang boleh menyebabkan keradangan.

Masalahnya, jika anda kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat ini, tubuh anda akan mengalami kekurangan tenaga dan akan menyebabkan kita berasa letih dan lesu dan boleh menyebabkan pengsan. Maka di sini lah LEMAK atau MINYAK sihat diperlukan. Tengok langkah seterusnya

Langkah 3 : Lebihkan Mengambil Lemak/Minyak Sihat

Berbeza dgn karbohidrat, LEMAK akan dihadam menjadi FFA & boleh masuk terus ke dalam SEL tanpa melalui pintu insulin. Hasilnya semua sel di seluruh tubuh kita akan dapat TENAGA yang secukupnya dan anda akan rasa KENYANG dengan lebih LAMA. Apabila anda lebihkan makanan berlemak/ minyak sihat dan kurangkan pengambilan karbohidrat proses, maka paras glukosa di dalam darah akan turun. Dengan cara ini, PINTU INSULIN dapat DIREHATKAN

Contoh lemak/ minyak sihat: Minyak Kelapa Dara (VCO), Minyak Kelapa Sawit, Minyak Kelapa Sawit Merah (RPO), Minyak Zaitun Extra Virgin (EVOO), Minyak Ikan Omega 3, Minyak Habbatus Sauda, Telur, Santan dan banyak lagi.


Selain itu, lemak sihat juga terdapat di dalam daging seperti daging lembu, kambing atau ikan. SUP TULANG antara makanan yang sangat SIHAT.

Langkah 4 : Makan Banyak Buah-Buah dan Sayur-Sayuran

Di dalam buah ada protein dan karbohidrat yang baik. Anda tak perlu risau dengan karbohidrat ini kerana buah dan sayur adalah makanan asli yang belum diubah genetiknya seperti tepung gandum.
Buah dan sayur juga ada serat/fiber.

Dengan adanya serat, kadar penyerapan glukosa ke dalam darah akan menjadi lebih lambat. Jadi hormon insulin juga tidak akan keluar sekaligus sebanyaknya untuk membawa glukosa YANG TERHASIL ni terus masuk ke dalam sel lemak

Langkah 5 : Intermittent Fasting (IF)

IF ialah tidak makan atau tidak makan dan minum selama beberapa jam. Ada 2 jenis IF:

  1. Dry Fasting/ Islamic Fasting : Tak makan dan minum di waktu siang sahaja.
  2. Wet Fasting : Waktu IF hanya boleh minum

Apa yang berlaku semasa IF adalah, apabila sampai 1 tempoh, badan kita akan mengalami 1 proses dipanggil KETOSIS. Proses KETOSIS adalah proses di mana lemak-lemak di dalam badan kita akan dibakar untuk dijadikan sumber tenaga. Semakin lama anda ber-IF, semakin banyak lemak anda akan dibakar iaitu semasa proses ketosis tadi

Langkah 6 : Kawal Stress & Tidur Secukupnya

Ini adalah yang ramai orang tak perasan. Dia dah ikut dah semua, tapi lambat atau tak kurus-kurus. Rupanya dia STRESS. Bila anda stress, HORMON KORTISOL akan dihasilkan dan boleh menyebabkan paras insulin meningkat yang menyebabkan anda tidak dapat turunkan berat badan anda.


Jadi anda perlu kawal stress dengan banyakkan masa bersama keluarga, buat hobi yang anda suka, bersenam, jangan terlampau overwork dan sebagainya yang boleh menenangkan anda. Dan sekiranya anda tengah stress, lepas tu rasa nak makan, jangan makan banyak makanan proses. Carilah makanan asli seperti buah-buahan.

Masalah kurang tidur juga adalah satu faktor yang menyebabkan masalah obesiti. Tidur yang cukup dan nyenyak adalah satu kaedah yang penting untuk mengawal berat badan

Langkah 7 : SUPPLEMENT SHAKLEE

Pengambilan supplemen membantu kita untuk tidak kehilangan nutrisi ketika ber-IF bantu kerana ia memberi mikonutrien yang badan perlukan supaya tidak mengalami keto flu yang teruk dan badan sentiasa rasa sihat dan cergas sepanjang tempoh IF. Ada orang berjaya turunkan berat tapi rambut gugur, visceral fat makin tinggi, kolestrol tinggi dan sebagainya.

Jadi kita bukan sekadar nak kurus. Tapi nak sihat luar dalam

Bila kita kurang nutrisi juga, kita akan nampak lebih tua kerana tidak cukup pengambilan protin yang lengkap yang badan perlukan.

Jadi, pengambilan suplemen Shaklee dalam set DIET IF SHAKLEE ini telah membantu saya turunkan berat badan dan pada masa yang sama mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum.

Kenapa Saya Pilih Set Diet IF Shaklee

Dibuktikan oleh Sains

My own Shaklee Effect Testimoni

Tips kurus dengan cara DIET IF SHAKLEE ni enjoy makan nasi, sambal belacan, lauk kegemaran. Itu yang buat journey weightloss ni lebih menyeronokkan. Bukan sahaja berat makin turun, badan rasa lebih sihat, kulit juga lebih glowing.

Nak dapatkan Set Kurus Shaklee?

Call/SMS/WhatsApp: 0122919792

Instagram : @shaza.adt / @keepfitwithshaza

Facebook : Shaza ADT Shaklee Malaysia

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

One thought on “Turun 10 kg dalam 3 bulan! Buat 7 Tips Cepat Kurus ini!

Leave a Reply