Doa Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari. Wanita Bahagia Dan Berjaya
Kebahagiaan dan kejayaan Wanita
Kebahagiaan adalah pilihan. Kita boleh mengubah mood dan emosi kita dengan mengubah fokus kita. Kita juga boleh menjadikan hidup kita sentiasa bahagia setiap hari jika kita mahukan
Kejayaan adalah mengambil tindakan kecil dan konsisten setiap hari kerana kita sentiasa dapat menentukan kejayaan kita sendiri dan membuat peraturan baru untuk merasa bahagia dalam hidup
10 Cara Untuk Menjalani Kehidupan Bahagia Dan Berjaya
1. Sentiasa ingin menjayakan impian anda dengan sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada diri – tiada alasan untuk terus berjaya
2. Membuat Kemajuan Dan berani bertindak
3. Lakukan Sesuatu Yang Anda Suka Setiap Hari
Minat dan hobi seperti membaca, jogging, bercuti dan lain-lain
4. Percaya Diri
5. Berhubung dengan orang yang anada sayang dan sayangi dengan meluangkan masa bersama dengan berkongsi dengan isan yang menyokong
6. Kekal sihat untuk hidup bahagia dan berjaya dengan bersenam, makan makanan yang sihat dan mengambil supplemen yang bersesuaian
7. Sentiasa ‘give back’ dan menyumbang dengan melakukan sedikit dapat menceriakan hari anda
8. Memperbaiki diri setiap hari dengan belajar, latih dan baca untuk menjadi lebih baik
9. Bersikap ‘sekarang’. Melupakan masa lalu dan move on. Lebihkan senyum dapat menceriakan hari anda
10. Kebahagiaan adalah Pilihan. Kita boleh bahagia setap hari jika kita mahu dibantu amalan seharian
Amalan Harian Yang Boleh Dijadikan Rutin Seharian
1.Bangun Awal Pagi. Dapat bangun 4 pagi dah rasa dah ‘menang’ untuk hari tu. Bila dapat bangun awal ni rasa lebih tenang. Masa ni lah kita boleh bersendirian melakukan amalan waktu pagi seperti Tahajjud, zikir dan bacaan Al-Quran
2. Briswalk setiap pagi. 30 minit setiap hari dah cukup untuk berikan saya ketenangan dan kesegaran untuk hari tu. Badan pon rasa best
3. Jaga pemakanan.
4. Pengambilan Supplement untuk top up nutrisi yang badan kita perlukan
5. Jaga hubungan dengan keluarga, dan dengan sesiapa sahaja.
Doa Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari
للَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
“Tuhanku, Aku memohon (pertolongan) kepadaMu. Aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan serta tiada apapun yang menyamainya”
Zikir Mengubah Diri Kepada Yang Lebih Baik
Istighfar x 100x
Selawat x 100
Lalillahillah x 100
Zikir ini diamalkan selepas solat subuh dan solat maghrib
-Perkongsian dari Ustazah Asma Harun
Zikir dan Mohon Allah Jaga Anak dan Suami
Ya Allah, Ya Waliy
Ya Wakil, Ya Baarik
Ya Hafiz, Ya Muhaimin (x40)
“Ya Allah, aku serahkan dirikku, anak-anakku (nama), suamiku (nama) dan seluruh kehidupan kami kepadaMu Yang Maha Mentadbir, Yang Maha Mengatur Agenda, Yang Maha Menjaga dan Yang Maha Memelihara. Sesungguhnya aku tiada berdaya menguruskan dan melindungi mereka. Amin”
Ciri-Ciri Wanita Hebat
- Sentiasa fokus/list tugas
- Belajar buat kerja dengan cepat
- Bijak bahagikan tugas antara ahli keluarga
- Sayangi diri/jaga kesihatan dan penampilan
- Mampu buat beberapa kerja dalam 1 masa tanpa bergantung kepada orang lain
- Jangan bertangguh
- Tambah Ilmu
- Tetapkan keutamaan/ produktiviti
Jom Kita Jadi Wanita Yang Tenang, Bahagia dan Berjaya
Kita sendiri yang boleh ubah diri kita. Jangan biarkan diri kita lemah dengan banyak mengeluh dan sentiasa menjaga setiap tutur kata.
Jom amalkan Doa Bagus Untuk Wanita
“Jangan pernah jemu berdoa kerana Allah tidak pernah jemu mendengar doa hamba-hambanya. Berdoalah bersungguh-sungguh dari lubuk hati yang ikhlas”