www.shazas.com

motherhood | self-growth | wellness

Quick contact info

Lorem ipsum dolor sit amet, the administration of justice, I may hear, finally, be expanded on, say, a certain pro cu neglegentur. Mazim.Unusual or something.

2130 Fulton Street, San Francisco
support@test.com
+(15) 94117-1080

Kurus Lepas Raya dengan Set Hello New You

Kurus Lepas Raya dengan Set Hello New You

Masa bulan Ramadhan turun 4-5kg. Bulan Syawal baru 2 minggu dah naik balik ke berat asal. Siapa yang macam ni? Berat naik sedikit selepas raya tu normal tapi kalau ianya makin naik, kita kena buat sesuatu supaya ia tak naik lebih banyak.

Sambil beraya sambil turunkan berat badan? Why not?

Sempena raya ni, Shaklee perkenalkan Set Hello New You untuk membantu anda kembali kurus selepas raya. Bukan kurus semata, bagi saya. Tapi ia juga membantu kita untuk mengawal selera makan, membakar lemak dan mengelakkan kehilangan jisim otot pada masa yang sama. Tak nak lah baju raya semua dah tak muat nak pakai bila nak menghadiri Open House Hari Raya nanti.

Raya ada seminggu lagi, sempat tak nak turunkan berat badan?

5 petua kurus dalam masa seminggu yang berkesan

Terdapat pelbagai kaedah atau pelan diet yang mungkin pernah anda dengari untuk menurunkan berat badan. Berdasarkan kepada jenis-jenis pelan diet yang ada sekarang ini, Shaza rumuskan 7 cara saya kurus dalam masa seminggu.

#1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.

Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang.

Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh.

Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut.

#2. Makan makanan sebenar, bukan makanan yang diproses

Maksud makanan sebenar di sini ialah makanan yang tidak diproses.

Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori.

Anda boleh mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan, selain sayur-sayuran yang rendah kandungan karbohidrat.

#3. Bersenam dan bersukan

Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

#4. Intermittent fasting atau berpuasa sekejap

Salah satu cara berkesan untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama adalah melalui intermittent fasting.

Apabila menggunakan kaedah ini, ia secara tidak langsung akan memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian.

Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan.

Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan.

#5. Kurangkan berat air dalam tubuh

Terdapat beberapa kaedah untuk kurangkan berat air dalam tubuh anda yang boleh membuatkan anda lebih kurus dan ramping.

Salah satunya adalah dengan cara berhenti mengambil manisan ataupun gula dalam pemakanan dan minuman seharian. Amalkan air kosongm cinch tea ataupun kopi kosong.

Set Hello New You Bantu Kurus Selepas Raya

Selain mengamalkan tips di atas, salah satu yang Shaza sendiri amalkan adalah pengambilan Set Hello New You ini. Ianya MUDAH, FLEKSIBEL , SELAMAT dan TERBUKTI.

Program Shaklee “Hello New You” akan membantu anda:

  • Menguruskan berat badan anda dengan cara yang lebih sihat.
  • Membentuk tubuh badan yang menawan.
  • Meningkatkan tenaga dan berasa hebat!
  • Menambah baik sistem pencernaan anda.
  • Mengembalikan keyakinan anda.
  • Lebih fokus dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja!

1. Cinch Shakes

Cinch Shake Shaklee adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan (meal replacement) sepanjang proses menurunkan berat badan. Pengambilan cinch akan memberikan lebih kepuasan dan mengenyangkan! Perisa Latte bagi peminat coffee. Memang sedap.

Menariknya Cinch Shake Shaklee kerana mengandungi Leusina (Leucine). Leusina sangat bagus untuk membantu pengurusan berat badan secara efektif. Leusina berfungsi

Membakar lemak tanpa kesan yo-yo.

Membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak serta memastikan otot badan tidak jatuh dan menggeleber. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori dengan lebih berkesan sekaligus membantu mendapatkan badan yang sihat, langsing dan menawan.

Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan leucine, jadi, ia mesti diperoleh dari sumber makanan yang lain.

Selain itu, Cinch Cafe Latte bantu mengurangkan rasa lapar kerana mengandungi indeks glisemik yang rendah. Cinch Shake juga mengandungi 20 jenis vitamin mineral penting yang diperlukan oleh badan. Pengambilan Cinch Shake membantu mengurangkan selera makan bagi yang sukar untuk kawal selera makan

2. Omega Guard

Asid lemak omega-3 membantu

  • Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak
  • Membantu pembakaran lemak termendap, lemak yang telah lama dan degil dalam tubuh seperti yang berada di bawah kulit, dalam salur darah, lemak yang menyelaputi organ.
  • Membantu meningkatkan paras hormon Leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Hormon Leptin juga meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cepat. Makin rendah tahap Leptin, makin cepat kita rasa lapar.
  • Lagi berkesan apabila pengambilan minyak ikan omega 3 disertakan lebih banyak senaman kerana ia akan menyebabkan pembakaran lemak lebih pantas dan berkesan. Omega 3 yang di ambil sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot. Sekaligus menyebabkan kadar metabolisma meningkat, kesannya lebih banyak kalori terbakar. Hasilnya berat badan pun berkurangan.

3. Lecithin

Lecithin merupakan pengemulsi lemak daripada sumber semulajadi kacang soya yang luar biasa (ayat mudahnya berfungsi untuk memecahkan lemak) kepada saiz yang lebih kecil supaya ia mudah disingkirkan.

Fungsi Lecithin

  • Memainkan peranan penting dalam proses memecahkan lemak degil dalam tubuh dengan lebih efisen.
  • Membantu memecahkan lemak dan mengurangkan mengurangkan saiz zarah lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah sehingga membuatkan lemak terapung dan tidak melekat pada salur darah.
  • Membantu mencegah daripada pengumpulan lemak di dalam hati dan menyingkirkan toksin daripada hati.
  • Lecithin Shaklee mampu memecah lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman.

4. Herb lax

HerbLax mengandungi campuran tumbuhan semulajadi termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. HerbLax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan.

Fungsi Herblax dalam set kurus Shaklee

  • Membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat dengan merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh serta mempercepatkan proses pembersihan secara lembut secara menyeluruh
  • Membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuk lemak dan lender yang melekat di dinding usus dan sangat diperlukan untuk proses detox
  • Membersihkan najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh
  • Membantu masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar.
  • Membantu mengempiskan perut

Testimoni Set Hello New You

Testimoni saya sendiri dengan Set Hello New You

Boleh baca tips saya turunkan 10kg di sini

Berat naik mendadak raya ni?

Berat badan ni naik boleh juga menyebabkan masalah kesihatan yang lain juga seperti kencing manis, kolestrol, darah tinggi. Monitor juga kesihatan yang lain. Dah makan dan minum makanan dan minuman yang manis dan tinggi kalori, semua pon boleh naik juga. Bahaya ok.

Dalam nak seronok enjoy makan kesihatan kenalah di utamakan juga

Nak Cuba Set Hello New You boleh hubungi kami

Call/SMS/WhatsApp: 0122919792

Instagram : @shaza.adt / @keepfitwithshaza

Facebook : Shaza ADT Shaklee Malaysia

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

One thought on “Kurus Lepas Raya dengan Set Hello New You

Leave a Reply