www.shazas.com

motherhood | self-growth | wellness

Quick contact info

Lorem ipsum dolor sit amet, the administration of justice, I may hear, finally, be expanded on, say, a certain pro cu neglegentur. Mazim.Unusual or something.

2130 Fulton Street, San Francisco
support@test.com
+(15) 94117-1080

5 Tips Travel Bercuti Ke Legoland Malaysia

5 Tips Travel Bercuti Ke Legoland Malaysia

Punya lah lama nak plan datang ke sini. Alhamdulillah tertunai juga hajat Ummi dan Ayah untuk bawa anak-anak ke Legoland.

Dalam entry ini, Shaza nak share tips travel bila bawa family ke Legoland. Sekadar berkongsi pengalaman ke sini.

Tips #1 Pembelian tiket melalui online

Dapat jimatkan masa dari beratur panjang di kaunter dan banyak juga boleh jimat bila beli tiket online. Boleh beli direct di website rasmi Legoland (  www.legoland.com.my) atau di website travel seperti travelog.com dan wonderfly.asia

Kami beli annual pass. Banyak benefit lain yang korang boleh dapat bila beli annual pass ni. Boleh datang banyak kali dalam setahun tu.

Tips #2 Pilih 1 park 1 hari

Bila ambil Annual Pass, anda lebih flexible untuk plan hari anda. Bagi Shaza, kita boleh fokus 1 hari 1 park sahaja. Itu pon dah memenatkan juga.

Tips #2 Datang awal

Cuba datang seawal yang boleh, kalau boleh 10-15 min sebelum dibuka. Kami memang suka datang awal. Tak rushing. Bila datang awal ni, masih kurang orang jadi lebih selesa tak perlu menunggu untuk beratur naik ke ride.

Saya juga cadangkan untuk menginap di area berdekatan. Selain untuk elakkan lewat masuk ke park, boleh jimatkan masa untuk travel ke sini. Homestay kami juga dalam 15 minit sahaja perjalanan. Di area Legoland sekarang terdapat banyak dah homestay yang available. Paling best, boleh consider untuk menginap sahaja di Legoland Resort.

Tips #3 Pakai pelindung UV atau sunscreen yang ada SPF 50

Masa kami ke sini memang time panas sangat! Jadi penting untuk kita dan anak-anak apply sunscreen SPF 50. Sunscreen pilihan Shaza sekeluarga adalah dari Youth Shaklee iaitu Youth Moisturiser SPF 50

Kelebihan Youth Moisturiser SPF 50 Shaklee

Apa yang bestnya pasal moisturiser ini berbanding dengan moisturiser lain? Haa, banyak sebabnya antaranya adalah :

  • hypoallergenic
  • 100 % vegan
  • non camodenogenik (tidak menyumbatkan liang pori)
  • diuji oleh ahli dermatologi
  • diuji oleh ahli oftamologi

Selepas apply sunscreen, Shaza akan apply Youth BB Cream pula. Kulit rasa macam pakai make up tapi lebih sihat untuk kulit. Tiada iritasi, lebih-lebih lagi bila berada di bawah panas matahari.

Tips #4 Bawa Air Performance

Tips ni wajib bagi Shaza. Perlu pastikan kita bawa bekalan air yang secukupnya. Kalau tak memang anak akan mencari air manis sahaja dalam tu.

Setiap kali outdoor activity, Shaza akan pastikan cukup bekalan air termasuklah air performance ni. Buat sejuk-sejuk, memang laju anak-anak ni minum. Sebab tu lepas seharian di Legoland, anak-anak masih cergas lagi. Alhamdulillah.

Bila cuaca panas ni, kita paling risaukan adalah heat stroke. Jangan ambil mudah untuk minum air secukupnya untuk elakkan dehidrasi.

Kebaikan Performance Drink

  • Antara kebaikan minuman isotonik ini adalah:
  • Mengekalkan paras gula dalam darah.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan apabila otot cedera.
  • Meningkatkan daya tahan badan dan otot.
  • Memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  • Menggantikan air yang hilang semasa melakukan aktiviti fizikal.
  • Membekalkan tenaga fizikal.
  • Membantu badan lebih cergas dan aktif.
  • Mengimbangi metabolisme air di dalam tubuh.
  • Mengurangkan rasa haus.
  • Mencegah penghidratan.
  • Melembapkan kulit yang kering 

Tips #5 Sediakan budget yang secukupnya untuk makan sekeluarga di sana.

Sedia maklumlah bila masuk ke legoland semua makanan juga harga berlipat kali ganda. Budget seorang dalam Rm 36++ untuk dewasa dan RM20++ untuk kanak-kanak. Tapi so far yang Shaza pernah rasa, makanan di sana ok, sedap! So its worth the money juga.

Tips di atas Shaza share untuk anak-anak 4 tahun ke atas. Kalau ada anak kecil kena bawa perkakas yang lain pula. I think the best investment for me is bringing a stroller! Senang angkut je semua dalam tu sekali.

Semoga sedikit perkongsian Shaza tentang 5 Tips Travel ke Legoland Malaysia, memberi manfaat kepada semua pembaca.

Have fun!

Leave a Reply